Malaysia Tanah Airku....

March 30, 2007

Fardu Ain tidak penting?

Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak permohonan seorang pelajar supaya membatalkan perkataan `gagal’ bagi mata pelajaran Perkara Asas Fardhu Ain (Pafa) dalam rekod dan slip keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diambilnya pada 2003.

Hakim Datuk V T Singham, berkata Lembaga Peperiksaan yang mengeluarkan keputusan itu sudah bertindak dalam bidang kuasanya kerana pemohon, Noorliyana Yasira Mohd Noor, 16, sendiri yang membuat keputusan tidak mahu mengikuti Pafa, sebaliknya memasuki kelas Pengajian Moral.

Saya merasa dukacita dan tidak faham dengan pendirian keluarga adik Noorliyana Yasira Mohd Noor. Mengikut hukum akal, sebuah keluarga akan lebih mementingkan anak nya lebih mendalami subjek berkaitan agama, apatah lagi ia berkaitan dengan fardu ain. Tetapi bapa Noorliyana telah memberi alasan permohonan itu dibuat bagi mengelakkannya tercicir mata pelajaran lain seperti bahasa Cina. Adakah pelajaran agama itu tidak penting, hingga seorang bapa ingin anak nya mengabaikan subjek tersebut? Adakah dengan mengambil subjek PAFA ini akan menyebabkan anak nya tercicir subjek lain? susah kah sebagai seorang islam untuk mempelajari perkara-perkara yang fardu?

Subjek Pendidikan Moral dan Subjek PAFA adalah suatu perkara yang amat berbeza. Apatah lagi kalau sesorang murid itu adalah seorang muslim. Fardu ain, itu sendiri memberi maksud "pekerjaan yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam dalam keadaan individu Muslim itu cukup syarat-syaratnya seperti berakal, baligh dan sebagainya". Oleh itu seseorang Muslim yang meninggalkan kewajiban ini menyebabkan dia menanggung dosa besar di samping mengurangkan ciri-ciri kesempurnaan keislaman ke atas dirinya. Dalam erti kata yang lebih singkat, fardu ain adalah kewajiban bagi setiap individu Muslim. Maka jelas sudah begitu pentingnya fardu ain itu untuk setiap umat islam, maka mempelajari nya juga adalah satu perkara yang wajib.

Perkataan “TERAS” itu sendiri menunjukan bahawa Kementerian pelajaran Malaysia telah mewajibkan subjek PAFA itu adalah subjek yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar muslim. Jadi permohonan oleh si bapa, menunjukan bahawa beliau menganggap subjek PAFA adalah tidak penting dibandingkan subjek yang lain dan Kementerian Pelajaran tersalah megklafikasikan bahawa PAFA adalah subjek TERAS.

p/s: Macam –macam perangai orang islam masa kini yang mengaku cerdik …bertanya pada yang tahu kerana perkara berkaitan agama bukan bahan sendaan.

4 comments:

rapat_umum said...

satu lagi mentaliti yang perlu juga diperbetulkan dengan segera..

patutlah kebanyakkan anak-anak kita ini mewarisi sikap-sikap yang negatif

Anonymous said...

Lepas ingin menanam al-quran...Kini ingin menanam anak....

dunia...dunia....

Anonymous said...

Pemikiran yang keliru...

selalu nya..setiap bapa ingin mendidik anak ke jalan yang lebih baik...

atau mungkin si bapa tadi sudah cukup mendidik anak dalam perkara fardu ain...kalau begitu adalah amat mudah bagi anak nya untuk mengambil subjek PAFA..

susah kah nak menghafal rukun islam, rukun iman dan sebagai nya ?...

Orang lain boleh score sampai 17A, cemerlang tak payah heboh tanpa nak bawa sampai ke mahkamah...


"Cemerlang, Gemilang, Terbilang...

Anonymous said...

selamatkan agama kita..........

Jangan biarkan pengganut islam terus hanyut dengan idelogi sendiri.

Blog Widget by LinkWithin