Malaysia Tanah Airku....

December 24, 2006

RASUL BARU



METRO 24/12/06 PUTRAJAYA: Seorang wanita yang pernah menggemparkan negara kerana mendakwa dirinya Imam Mahdi pada 1993, kini muncul semula dengan kejutan lebih hebat apabila mengisytiharkan kononnya dia antara empat rasul tuhan. Meriam dakwa tuhan larang bertemu tiga lagi rasul pilihan melainkan mendapat jemputan PM. Meriam Ahmad Shaharudin dalam e-mel bertarikh 16 Disember lalu mendakwa selain sebagai rasul wanita tunggal, tiga lagi rasul yang kononnya diutuskan Tuhan ialah Nabi Isa, Neale Donald Walsch dan seorang setiausaha sulit kanan pembesar negara.Dia mendakwa, tugas Walsch terhad kepada bangsa Amerika, manakala tugas rasul lain tidak dinyatakan secara jelas.Meriam mendakwa, tuhan melarang mereka bertemu selagi tidak berlakunya kiamat, kecuali mendapat jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sedikit masa lalu kita digemparkan dengan beberapa kes yang mengeliru kan :

1) Haji Kahar yang mengaku sebagai nabi dan Rasul bagi orang Melayu.
2) Ayah Pin yang mempunyai kerajaan langit dan mengaku tuhan kepada kerajaan tersebut. Dua pengikutnya pula iaitu Kamariah Ali, 54, dan Daud Mamat, 63, memohon pemgistiharan keluar dari islam yakni murtad.
3) Pemimpin utama Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang mengaku mujadid yang menjadi wakil kepada Rasulullah pada zaman ini.

Dan banyak lagi , yang terbaru muncul pula rasul wanita. Sememangnya menjadi tabiat sesetengah orang Melayu, mencari jalan pintas untuk kesenangan dan apa yang lebih mendukacitakan bab agama turut terseret sama. Taktik yang sering digunakan adalah sama sahaja, sama ada mengaku diri dia nabi, rasul atau pun Imam Mahadi. Dan oleh memimpin pengikut ke Syurga. Yang peliknya semuanya mengaku nabi, rasul atau pun Imam Mahadi, jadi yang mana satukah pemegang "title" itu sebenarnya?.

Cuma saya ingin mencadangkan supaya JAKIM mengumpulkan semua pemimpin ini di dalam satu majlis di mana mereka akan bermuzakarah dan berdebat sesama sendiri bagi membuktikan siapa yang lebih layak memegang title Rasul/Nabi/Imam Mahadi seperti yang mereka dakwa.

Rasullullah s.a.w. pernah bersabda; "Aku penutup para Nabi. Tidak ada Nabi lagi sesudah aku."

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin